Isu dan cabaran pengintegrasian teknologi di dalam bidang pendidikan.

Terdapat berbagai isu dan cabaran pengintegrasian teknologi seperti berikut:











1. Kepakaran guru yang terhad
 Seseorang guru yang mempunyai komputer mempunyai kaitan dengan tahap penggunaan    
 internet.

2. Kekurangan khidmat sokongan
    

Membekalkan dan menyelenggarakan peralatan komputer memerlukan kos yang tinggi.  

3. Masalah isi kandungan dalam internet
  

    Maklumat yang banyak di internet yang tidak ditapis akan mendatangkan bahaya dan 
    kemudaratan di khalayak pelajar yang merupakan golongan teramai yang menjadi pelayar 
    internet di negara kita.

4. Masalah maklumat yang tidak tepat
    

    Keistimewaan internet ialah tiada seseorang yang memilikinya. Sesiapa pun memnyai hak 
    untuk menyampaikan dan menyiarkan sebarang maklumat di internet. Maka,ini telah 
    menyebabkan banyak maklumat adalah tidak tepat.

5. Masalah mencari maklumat
 

   Mempunyai akses ke internet tidak menjamin maklumat yang ada dapat digunakan untuk  
   pembelajaran yang bermakna dan berkesan.

6. Masalah hakcipta
  

   Teknologi komputer telah menjadikan kerja penyalinan menjadi begitu senang. Dari sudut   
   undang-undang adalah menjadi kesalahan jika seseorang itu menyalin dan memaparkan 
   semula maklumat yang sama tanpa keizinan penulis asal.

7. Masalah menghasilkan pembelajaran secara talian
 

   Penghasilan pembelajaran secara talian masih kurang keran terdapat banyak guru yang 
   tidak mempunyai pengalaman untuk membina laman web. Kekurangan kemahiran ini telah  
   membataskan guru untuk menghasilkan bahan pembelajaran talian.

8. Kekurangan peralatan
  

   Kekurangan akses internet di sekolah akan menyebabkan kesukaran untuk mengakses  
   komputer di sekolah untuk pembelajaran. Ini adalah disebabkan kekangan peruntukan  
   kewangan untuk membeli komputer dan penyelenggaraan komputer.

9. Pelajar menjadi pasif dan kurang berkomunikasi
 

   Penggunaan internet walaupun ada kebaikan, terdapat juga kekurangan, pelajar asyik 
   mengakses internet dan duduk di hadapan komputer tanpa memikirkan kehidupan sosial 
   samada dalam keluarga atau masyarakat. Senario ini telah menyebabkan pelajar menjadi 
   pasif dan kurang berkomunikasi apabila berhadapan dengan orang ramai. 

No comments:

Post a Comment