Pengintegrasian Teknologi Maklumat Komunikasi merentasi kurikulum


        Teknologi Maklumat dan Komunikasi  adalah satu bidang pembelajaran yang melibatkan pelbagai bidang khususnya sistem komputer dan komunikasi. Teknologi Maklumat dan Komunikasi adalah teknologi yang digunakan khasnya dalam penggunaan komputer, peralatan komunikasi dan perisian aplikasi untuk memperoleh, memproses, menyimpan,menghantar, mendapatkan semula, menukar dan melindungi maklumat di mana saja dan bila-bila masa.
        Pengintegrasian Teknologi Maklumat Komunikasi merentasi kurikulum membolehkan pengajaran dan pembelajaran dijalankan menggunakan perkakasan dan perisian  bersesuaian dengan topik yang hendak diajar oleh guru. Murid-murid boleh mengguna dan memanipulasi sumber Teknologi Maklumat Komunikasi  untuk menyokong pengetahuan atau tugasan mereka. Ini membolehkan mereka mengukuhkan konsep dan kemahiran yang telah mereka kuasai dalam suasana yang menyeronokkan.
        Dalam mengintegrasikan Teknologi Maklumat Komunikasi, guru memainkan tiga peranan utama iaitu sebagai tenaga pengajar,  sebagai fasilitator dan  sebagai pentaksir. Guru seharusnya memberi peluang kepada semua murid menggunakan komputer.




     

No comments:

Post a Comment